………………………………………………………………………………………………………
Nak Kaya ? Nak Rasa Bahagia ? Nak Lebih Berjaya ?
………………………………………………………………………………………………………

Pernahkah anda merasa, adakalanya hidup bagaikan telur di hujung tanduk ? Apa yang dibuat semuanya serba tak kena dan banyak yang gagal ? Ada yang kena buang kerja, kena halau rumah, personal life hancur remuk, putus cinta maupun ada yang bercerai berai.

Pernahkah anda merasa, adakalanya kerja cukup stress dan cuba buat macam-macam bisnes tetapi tak menjadi ? Segala macam jenis marketing dah buat online dan offline tapi duit habis lebur macam tu saja… Duit pula sentiasa tak cukup, kad kredit dah habis limit terpaksa berhutang sana sini sampai keliling pinggang.

Tak dapat dinafikan kerana realiti hari ini ramai yang mempunyai masalah yang hampir sama iaitu:

  • Duit banyak masuk tapi x tahu ke mana perginya
  • Dibelenggu masalah hutang kad kredit
  • Kereta kena tarik dah 3 bulan tak bayar bank
  • Dah buat macam² bisnes tapi tak kaya² lagi
  • Suami isteri bergaduh sebab tak cukup duit
  • Hidup stress dan tertekan sehingga jatuh sakit
  • Lappy, handphone, duit dan banyak barang hilang kene curi

Ini baru sebahagian besar masalah kehidupan yang dialami di kalangan kita, masalah duit dan hutang mendominasinya sehingga ada yang jatuh bankrap. Walau bagaimanapun usah risau kerana di mana ada masalah, di situ ada jalan penyelesaiannya.

Adakah anda inginkan perubahan ?
Mahu nikmati kehidupan yang lebih kaya, bahagia dan berjaya ?

Jika YA , maka Alhamdulillah kerana anda sekarang berada di tempat yang betul untuk menemui jawapan bagi merungkai persoalan di minda. Ini adalah kerana segala masalah datang menimpa adalah salah satu hadiah ‘teguran’ halus Allah Taála untuk kita sebagai hambaNya merenung kembali siapa sebenarnya yang memberi nafas , udara , makanan minuman , tempat tinggal , siang malam , kesihatan , harta benda , anak pinak dan kesemuanya di dunia ini.

Firman Allah :

“Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan Kami lah yang memberimu rezeki.”

( Surah Taha ayat 132 )

Di sinilah sebenarnya rahsia Magnet Rezeki dibongkar, kerana ALLAH menamakan diriNya ar-Razzaq merupakan nama-nama terindahNya (Asma ul-Husna) yang bermaksud Maha Pemberi Rezeki. DIA memberikan kepada sesiapa sahaja yang DIA pilih. DIA juga yang menetapkan kadar pemberian menurut yang DIA kehendaki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah sebagai pemberi rezekinya.

Allah menentukan kadar rezeki dengan kehendakNYA yang dikaitkan dengan peraturan alam ‘sunnatullah’ yang DIA tentukan. Sesiapa yang keluar mencari rezeki dengan memenuhi percaturan alam ini maka DIA membuka jalan rezeki untuk hamba itu. Sesiapa yang tidak berusaha, maka tiada rezeki untuknya. Pun begitu Allah boleh melakukan dengan kehendakNYA luar dari kebiasaan percaturan alam.

Kuasa Allah melangkaui segalanya….

Fahmy Adam

Penulis Magnet Rezeki

“Magnet Rezeki” ini amat istimewa buat semua yang tercari-cari erti sebenar meraih rezeki kekayaan, kebahagiaan dan kejayaan yang diberkati lagi dirahmati. Sepanjang menulis terdapat pelbagai cerita dan kisah yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran. Antaranya bagaimana untuk bangkit kembali daripada kegagalan hidup dan kembali tawakal sepenuhnya kepada ALLAH Taála sebagai tanda kehambaan kita pada Tuhan Yang Maha Agung. Mengenali betapa luasnya rahmat & rezeki ALLAH sebenarnya adalah lebih penting daripada ‘hanyut’ di dalam masalah dunia ciptaanNya.

Selepas saya ‘resign’ dari jawatan kerajaan tetap berpencen (MAIWP) pada tahun 2010 ramai yang tanya macam mana boleh hidup tanpa gaji tetap ? Bagaimana nak bayar semua komitmen hutang kad kredit maupun personal loan serta menampung segala keperluan hidup ? Kalau sakit tenat siapa nak tanggung bayaran bil hospital ? Dan yang paling penting bagaimana nak survive bisnes di saat ekonomi kurang memberangsangkan ?

Alhamdulillah segala pertanyaan tersebut saya rungkaikan rahsianya di dalam ebook Magnet Rezeki. Sebenarnya bukan makhluk yang memberi rezeki, sebab itulah Tauhid keyakinan kita perlu diletakkan di tempat yang betul. Hanya ALLAH yang berikan rezeki kepada hambaNya. Usah sandarkan harapan kepada makhluk seperti duit, harta, kuasa, pangkat dan sebagainya kerana itu semua boleh ditarik sekelip mata.

Kemudian saya kongsikan bagaimana nak jemput rezeki dengan mudah, cerita bagaimana saya boleh survive dengan luasnya rahmat kasih Allah agar dapat bangkit semula daripada kegagalan masa silam sehingga berjaya memiliki 3 buah syarikat sdn bhd yang mempunyai staff pekerja dan networking daripada pelbagai negara. Mengecapi saat-saat termanis bila dijemput ALLAH ke Tanah Suci Mekah dan Madinah yang disponsor oleh salah seorang client yang baik hati. Jika difikirkan secara logik adalah teramat mustahil dicapai dengan qudrat kemampuan kita yang lemah ini, semuanya berlaku dengan izin kuasa Allah Taála yang menentukan perjalanan rezeki hambaNya.

Keindahan taqwa pada Allah Azza Wajalla inilah sebenarnya pintu segala pintu rezeki, apabila kita yakin dengan ar-Razzaq maka sudah pasti DIA membuka dan mempermudahkan segala urusan hidup, meleraikan segala kekusutan minda dan hati, mengurniakan rezeki dari atas bawah kiri kanan segenap sekeliling kita tanpa disangka-sangka. Inilah rahsia magnet rezeki yang mesti anda milikinya telah kami susun dalam ebook ini dengan resepi ilmu terbaik bersumberkan al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan kalam para alim serta tokoh Islam yang dihormati seluruh dunia.

5 Mitos Salah Faham Mengenai Rezeki

Di sini kami kongsikan 5 mitos salah faham mengenai rezeki yang selalu berlegar di kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ia juga diperkatakan sebagai sebati dalam hidup orang kita sedangkan kefahaman dan kepercayaan tersebut kurang tepat mengenai konsep sebenar rezeki dalam Islam. Antara mitos tersebut adalah :

Mitos #1 
Percaya hanya duit sebagai semata-mata rezeki yang ada. Ramai orang selalu nampak yang ini sedangkan rezeki ALLAH bukan hanya setakat duit malah seluruh diri kita segenap nafas, udara, jantung, hati, mata, tangan kaki dan seluruhnya adalah rezeki anugerah ALLAH yang tak ternilai harganya.
………………………………………………………………………………………………………

Mitos #2
Menganggap kekayaan harta itu salah besar di sisi Islam sedangkan di dalam hadis ada menyebut bahawa kemiskinan juga boleh membawa kepada kekufuran. Malah meninggalkan ahli waris keluarga dalam keadaan kaya lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta.
………………………………………………………………………………………………………

Mitos #3
Merungut dan menyalahkan takdir kerana berada di dalam keadaan yang serba miskin sedangkan ALLAH sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hambaNya semasa kaya atau miskin, masa sihat atau sakit, masa lapang atau sempit dan masa hidup atau sebelum mati. Banyak yang tewas iman semasa kaya dan banyak juga mereka yang tewas iman semasa miskin. Persoalannya di manakah hati kita pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun diuji?
………………………………………………………………………………………………………

Mitos #4
Salah sangka dengan segala hasil usaha dan tulang empat kudrat kita ini boleh ‘confirm’ dapat lebih banyak rezeki. Sedangkan hak milik penentu mutlak hanyalah ALLAH sebagai Yang Maha Pemberi Rezeki kepada mana-mana hambaNya dengan apa jua cara sekalipun termasuk dengan cara yang tidak disangka-sangka.
………………………………………………………………………………………………………

Mitos #5
Rasa takut nak sedeqah kerana khuatir rezeki harta berkurangan dan habis sedangkan ALLAH dah jamin setiap sedeqah yang diberikan akan diganti semula. Firman ALLAH : “ Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan (untuk kebaikan kerana Allah) maka Dia pasti akan menggantikannya semula. Dialah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki ” ~ Ayat 39 Surah Saba’

.

 KuasaNya Yang Tiada Terbatas 
Meraih Kasih Sayang Dan Rahmat ALLAH

Di sinilah rahsia terbesar yang kita perlu sama-sama amalkan berdasarkan sumber yang sahih agar hidup semakin lapang, rezeki bertambah berkat, nikmat Allah semakin berlipatganda dan mengecapi ketenangan kebahagiaan serta kedamaian hati yang terpatri taqwa padaNya. Salah satu sifat taqwa yang dimaksudkan adalah mempunyai husnuz zhon atau sangkaan yang baik terhadap ALLAH Ta’ala seperti dalam hadis :

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan sangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih)

Apakah maksud sangkaan di sini ? Apa kaitannya dengan rezeki ? Maka kita selami pendapat ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah akan memberi keampunan jika hambaNya meminta keampunan. Allah akan menerima taubat jika hambaNya bertaubat. Allah akan beri rezeki jika hambaNya meminta rezeki. Allah akan mengabulkan doa jika hambaNya meminta.

Jadi apa yang penting sebenarnya adalah kita bersangka baik dengan ALLAH dalam setiap saat kehidupan, berhenti mengeluh, mengungkit, komplen, menyalahkan takdir atau orang lain sebaliknya ‘mengisi’ hati jiwa kita dengan husnuz zhon yang terang benderang dalam meraih rahmat ALLAH Ta’ala.

Bila hati dan jiwa penuh dengan Cahaya ini, maka doa akan menjadi sebenarnya doa, istighfar sebenar-benarnya istighfar, sujud sebenar-benarnya sujud, sedeqah sebenar-benarnya sedeqah dan iman taqwa itulah yang sebenar-benarnya diterima di sisi ALLAH. Sangkaan husnuz zhon inilah sebagai bukti kita tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH walaupun ditimpa bala bencana musibah yang dahsyat segetir ujian api marak membakar itu tidak mampu mencederakan Nabi Ibrahim as, malah sang gergasi ikan paus yang besar menelan Nabi Yunus as masih tetap terselamat dan seteruk musibah penyakit Nabi Ayub as berbelas tahun lamanya akhirnya sembuh pulih dengan kuasa ALLAH.

Jadi apakah yang menghalang kita bersangka baik dengan kuasa ALLAH Yang Tak Terbatas ini ?

Sedangkan DIA lah yang mencipta sekalian alam ini dan memberi rezeki kepada makhlukNya baik yang mukmin maupun yang kafir. Jadi berdoalah kepada ALLAH dengan sangkaan yang terbaik, kerana doa adalah senjata ampuh bagi para mukmin.

Firman Allah :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al Baqarah : 186)

Moga kita dapat menghayati segenap kekuasaanNya yang tiada batas ini untuk berdoa pada ALLAH yang terbaik dalam hidup, berdoa sepenuh hati agar dikurniakan rezeki yang berkat supaya dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan, berdoa untuk Ummat ini agar dapat hidayah petunjuk terbaik dan dielakkan daripada ditimpa bala musibah yang berat. Semoga dengan husnuz zhon dalam doa kita disulami keindahan taqwa sebegini akan dipermudahkan dalam meraih rahmat dan kasih sayang ALLAH.

  Rahsia Magnet Rezeki  
Rezeki Melimpah , Nikmat Berkat

Sudah tentu semua orang mengimpikan nikmat rezeki hidup yang tenang bahagia, memiliki harta yang banyak, kesihatan yang baik dan mempunyai kebebasan kewangan tanpa perlu terikat dengan mana-mana majikan kerana boleh cipta peluang yang menguntungkan baik melalui perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Itulah yang kami alami selama ini telah dianugerahkan ALLAH perniagaan yang diberkati, malah hutang personal maupun kesemua kereta pun sudah habis bayar, bahkan datang rezeki tak disangka-sangka termasuklah ditaja percuma pakej umrah eksklusif oleh pelanggan kami yang baik hati.

Semua ini ada amalannya untuk menarik rezeki yang melimpah dan berkat.

Yang penting anda perlu tahu apakah perkara² yang menyebabkan pintu rezeki tertutup. Ini penting supaya kita dapat ‘membuka’ kembali pintu dengan amalan-amalan menjemput rezeki berpandukan al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Usah biarkan pintu rezeki terkunci tutup rapat, sebaliknya ia perlu dibuka dengan amalan yang betul, sahih dan berpandukan nas dalil al-Quran maupun hadis.

Dalam masa yang sama kita perlu mengurus kewangan dengan penuh amanah, tidak boleh membazir kerana itu adalah sifat bukan orang mukmin. Di dalam ebook Magnet Rezeki kami bongkarkan satu sistem mengurus kewangan percuma untuk perniagaan dan juga peribadi. Pelbagai tips terbaik untuk strategy pairing kewangan yang julung kali kami muatkan di dalam ebook ini supaya memudahkan anda melangsaikan hutang dengan lebih pantas.

Semua ilmu-ilmu terbaik magnet rezeki ini kami telah himpunkan untuk anda sekaligus dapat dimanfaatkan dalam kehidupan. Ebook bermukasurat 150 padat dan bernas ini mudah dibaca bersama dengan pelbagai isi kandungan yang berwarna, bergrafik dan ayat-ayat doa yang jelas sumbernya. Inilah khazanah emas hidup yang melimpah ruah untuk dimiliki :

Susunan terbaik grafik berwarna dan ayat-ayat doa

Dihiasi dalil nas al-quran, hadith, atsar dan kalam para alim ulama muktabar

Kisah mutiara hikmah pengajaran daripada para guru mentor yang telah berjaya

Dan dengan izin ALLAH jua yang dapat melapangkan rezeki setelah mengenali keluasan rahmat kasih sayang ALLAH yang berkuasa mengubah segala perkara di atas muka bumi ini. Adalah tidak mustahil bagi ALLAH untuk berikan berbillion ringgit kepada hambaNya atau memberikan kesembuhan kesihatan bagi mereka yang sakit terlantar di katil hospital. Tiada masalah bagi ALLAH untuk menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup. Soalnya sekarang adakah kita benar-benar mengenali Sang Empunya nama Ar-Razzaq ini ?

Inilah sebenarnya isi kandungan mengenai rezeki yang ‘simple’ tetapi berkat dengan menyentuh aspek ilmu terbaik :

Zolkie Baki

Saratok, Sarawak

“Alhamdulillah. Saya dah baca dua kali. Rugi siapa yang belum baca lagi. Seperkara lagi yang bestnya ebook magnet rezeki sifu Fahmy Adam bukan sekadar ilmu kerezekian, malah dipakejkan dengan tools urus sistem kewangan, rahsia pairing kewangan, rahsia unlimited income, financial mobile, cashflow & kalkulator.. Semua ni saya belum jumpa lagi dalam buku atau ebook niche rezeki yang pernah saya beli.”

Khairul Nizam

Klang, Selangor

“Akhirnya ebook Magnet Rezeki telah sempat saya baca dan banyak manfaat ilmu mengenai rezeki yang sebenarnya sungguh mengujakan. Saya amat sarankan anda semua baca ebook Magnet Rezeki yang penuh dengan cerita kisah pengajaran menarik, hikmah, petua, doa dan amalan menjemput rezeki. Mudah-mudahan kita dapat meraih keberkatan Allah baik di dunia dan juga di Akhirat.. InshaAllah.”

Atiqah Hanum

Kuala Lumpur, WP

“Penulisan yang santai dari segi pembacaan tetapi terus menusuk ke hati. Ini lah ebook berkaitan agama yang saya tidak sakit kepala apabila di baca tetapi memberi kesedaran yang mendalam. Saya sangat suka dengan kupasan Ar-Razzaq,nikmat dan bahagian rezeki. Sangat besar nilainya ilmu yang dikongsi dalam ebook ini jika nak dibandingkan dengan harganya. Semoga Allah memberikan keberkatan dan kebahagiaan kepada tuan sekeluarga.”

      Nak Lagi Best ?      
Anda Bakal Memiliki 3 Sistem Terbaik Ini

………………………………………………………………………………………………………

Sistem Pairing Kewangan

Salah satu sistem pairing strategy yang kami bongkarkan dalam ebook Magnet Rezeki untuk mengoptimumkan setiap perbelanjaan bulanan dan kaut untung dengan redeem points yang boleh memperolehi banyak rezeki produk percuma dengan lebih ‘smart’ tanpa perlu bersusah payah secara manual.

Sistem Urus Kewangan

Sebahagian screenshot sistem urus kewangan yang sesuai untuk perniagaan dan juga peribadi. Ianya boleh auto synchronize dengan report statement daripada akaun perbankan online Maybank2U, CIMBClicks, Public Bank maupun Paypal. Paling best sistem ini 100% percuma.

Affiliate Magnet Rezeki

Antara keistimewaan eksklusif ini kami berikan berkongsi rezeki dengan anda melalui program affiliate/dropship yang membolehkan anda menjana keuntungan komisen bersih setinggi RM30 per jualan dan payout setiap minggu pada hari Jumaat. Ini bermakna anda berpotensi menjana unlimited side income setiap minggu dengan menyertai pakej MagnetRezeki.Com.My ini.

Semakin ramai para VIP Affiliate Magnet Rezeki berjaya meraih komisen lumayan !

Sebenarnya ada banyak lagi nak beri surprise.
Adakah anda ready ?

Kami berharap anda menjadi antara yang bertuah hari ini kerana offer ini akan tamat tidak lama lagi memandangkan kuota sudah hampir penuh.

………………………………………………………………………………

Nak Lebih Jimat ?
Nak Lebih Rezeki ?

Rebut Pakej Ebook Magnet Rezeki
sempena pre order yang lebih Super Murah !

………………………………………………………………………………

Anda akan memiliki ebook + support group wasap
Semuanya dengan grab offer terhad untuk yang terawal

………………………………………………………………………………

Bukan harga RM500.00

Tidak pula RM350.00

Bukan RM90.00

Wah… berapa ni….

Ok kami berikan anda diskaun tak masuk akal.. tapi ianya terhad !

Very limited.

Untuk yang terawal harga cumalah RM50.00 sahaja.

Segera rebut tawaran terakhir ini dengan click pada button Tempah Sekarang !

Milikinya Sekarang Sebelum Terlambat !